Hari Keluarga Mak Limah : Hari 4 ( Sabtu, 8hb Disember 2012 )
Wednesday, January 02, 2013
Awal pagi lagi, budak-budak dah turun ke kolam untuk kali terakhir. Lepas sarapan, satu kumpulan bergerak untuk menemui keluarga Che Shahrom yang turut mengadakan trip keluarga ke Langkawi.
Homestay sewaan mereka tidak berapa jauh daripada homestay kami. Tapi mereka tidak berjalan mana sangat sebab budak-budak ramai yang demam sehingga pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Dalam perjalanan balik singgah lagi Kuah dan Hj Ismail Group, tak habis lagi ? Kemudian terus balik dan berkemas untuk ke Jeti. Hasrat untuk ke Kg Ayer Hangat pagi itu tak kesampaian disebabkan masa. Nampak sukar juga nak amasukkan semua barangan kedalam van, maklumlah banyak beg dan barang betambah. Sampai jeti dapat tiket jam 12.00 tengahari, walaupun ketika itu baru 10.30 pagi. Jadi kami ambil peluang untuk ronda kedai sekeliling kompleks Jetti dan shopping buat kali terakhir. Sedang dalam feri yang agak selesa, kebanyakkan yang dewasa tidur keletihan, tetapi kanak-kanak tetap bising dan bermain sahaja. Sampai jeti Kuala Perlis kekira jam 2.00 petang, terus ambil kereta dan kembali ke Jeti untuk angkut barangan yang ditinggal. Nampak semua kereta ok, tiada malah seperti hilang atau kerosakan. Kali ini kami ambil jalan menuju Alor Star, ambil pengalaman serta untuk buat perbandingan, berbanding ikut jalan semasa datang tempohari. Selepas berhenti solat dan makan tengahari ( sudah lewat petang pun ) kami meneruskan perjalanan sehingga berhenti semula di RnR Sg Perak lagi. Walaupun agak keletihan, nampaknya memasing puas hati dengan trip kali ini. Sambil rehat dan makan-makan sempat bercerita semula kenangan di Langkawi. Tetiba tercetus idea next Hari Keluarga di Bandung …ha .. ha …ha. Dahsyat !!! Kemudian kami mula berpecah dua kumpulan, satu yang terus balik rumah Johor dan Melaka. Manakala yang lain singgah semula di Putrajaya. OK, jumpa lagi dalam next Hari Keluarga. Insya’allah. Harapannya harikeluarga kali ini penuh bermakna dan meninggalkan seribu kenangan, pengajaran dan pengalaman.
0 comments:
Post a Comment