Thursday, November 10, 2011

Korban Keluarga 1432H

ALhamdulillah, buat pertama kalinya pakatan berkorban seekor lembu dari kalangan ahli keluarga telah dapat diadakan pada hari pertama Hari Raya Korban 1432H yang juga jatuh pada hari Ahad, 6 November 2011. Berbanding dengan Aidil Adha yang lalu, peluang cuti yang agak panjang ini dapat juga dimanfaatkan untuk semua ahli keluarga dapat berkumpul.

Penyembelihan dilakukan oleh Imam Masjid Pt Kadir, iaitu Imam Hj Osman yang dibantu oleh kalangan jiran tetangga pada kira-kira jam 10.30 pagi. Begitu juga proses melapah dan membungkus daging korban dilakukan secara bergotong royong dengan jiran tetangga. Urusan semuanya siap kira-kira jam 1.30 tengahari.

Walaupun apa pun, adalah diharapkan agar ibadah korban yang dilakukan bersama diterima oleh Allah s.w.t. Kalau ada rezeki nanti, bolehlah pakat-pakat untuk buat lagi.



Lagi Gambar Sekitar Aidil Adha Dan Majlis Korban

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP