Hari Meluarga Mak Limah : Hari 3 ( Jumaat, 7hb Disember 2012 )

Wednesday, January 02, 2013

Awal 7.30pagi bertolak ke Pantai Pasir Tengkorak dengan bekalan Nasi Lemak ‘Gulung’ ( RM 1 sahaj setiap satu ) serta kuih mueh ( 4 biji RM1 ) yang dibeli selepas suboh tadi. Perjalanan agak jauh juga. Sampai sahaja belum ada orang yang tiba, jadi mudah memilih lokasi yang sesuai.

Budak-budak tidak sempat nak sarapan sudah terjun masuk ke dalam air pantai. Memasing seronok sebab bukan sahaja sejuk pagi ( cahaya matahari pula terlindung dengan bukit ), tetapi airnya jernih, cetek serta bersih air dan pasir pantainya.
Kemudian acara sukaneka kepada kanak-kanak diadakan, kendalian Pak Uda. Acaranya tiup belon sampai pecah, tiup tepung ambik duit syiling dan rebut gula-gula.
Lucu gelagat budak-budak yang ambil bahagian, manakala ada ibubapa yang turut membantu pulak. Tak aci !!! Si Aqil tiup belon paling besar tapi kemudiannya dibiarkan lepas sebab sayang nak pecahkan belon. Ejah pulak sambil nangis, marah kata Pak Uda tipu sebab dia tak jumpa pun syiling, walaupun dah tiup habis tepung kat pinggan. Sungguh lucu … lain kali buat acara untuk dewasa pulak.
Lepas bilas di bilik yang disediakan, bergerak arah pulang menuju Pekan Kuah. Dalam perjalanan, singgah di Taman Buaya. Sebelum masuh sempat singgah di kedai yang terdapat sebelum pintu masuk, pelbagai barangan daripada kulit buaya sehinggalah pulohan ribu RM harganya. Katanya daripada kulit buaya taman ini, tetapi kilangnya di Kuala Lumpur.
Wah, kami amat bertuah kerana masuk bertepatan dengan pertunjukan buaya. Menarik juga dan ramai juga penonton ketika itu.
Sempat melihat bagaimana sesi memberi makan kepada buaya diadakan. Tampak pulohan buaya yang besar-besar timbul untuk mendapatkan makanan yang dicampak oleh petugas taman.
Seterusnya singgah ke Pantai Pasir Hitam untuk menyaksikan sendiri keajaiban pantai yang kebanyakkan pasirnya hitam. Ada dua kisah atau teori kenapa ianya berwarna hitam, satu kisah lagenda sumpahan ikan duyung dan satu lagi daripada segi saintifik.
Maklumat kejadian ada diceritakan di tepi pantai tersebut. Nampaknya ada yang ambik pasir hitam ke dalam plastik untuk buat kenang-kenangan.
Kemudian ada yang mengambil kesempatan mencari baju-baju atau souvenir di kedai yang banyak terdapat di situ, selain juadah untuk makan tengahari.
Sampai homestay sudah hampir zuhor dan yang lelaki bergegas ke Majis Al-Hana untuk solat Jumaat. Memang boleh ‘skip’ then jamak qasar. Tapi tidak mengapalah, sekurang-kurangnya dapat melihat dan merasai sendiri pengalaman solat Jumaat di sana.
Lepas makan tengahari, turun semula untuk bergerak ke Kilim Geoforest Park yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan. Kami tempah dua boat yang dinaikki mengikut kumpulan van. Orang agak ramai, mungkin sebab lepas solat Jumaat.
Bukan setakat ke Kilim Geoorest Park, rupanya ramai yang belum pernah naik bot sebelum ini ? Ini pengalaman baru bagi mereka.
Destinasi pertama adalah Gua Kelawar. Dengan menyewa lampu picit RM1 setiap satu, ia menjadi panduan perjalanan dalam gua yang gelap.
Menerusi lampu picit, dapat lihat kelawar yang bergantungan di atas dan dinding gua serta corak dan bentuk dinding gua termasuk stalagtait dan stalagmait.
Ada yang bukan setakat buat pertama kali masuk gua, tetapi juga melihat kejadian stalagtait dan stalagmait. Dapat tahu juga ada yang begitu takut dengan kegelapan.
Kemudian memasing teruja menyaksikan sendiri pokok fosil hidup yang dikatakan telah hidup 200 juta tahun yang lalu. Kembali ke jeti, menyusuri pokok bakau yang hidup dengan banyak sekali.
Destinasi seterusnya ialah ke Sangkar Ikan di mana terdapat pelbagai ikan-ikan yang esklusif sebagai tarikan pengunjung.
Dengan berbantukan penerangan daripada jurucakap kumpulan, ditunjukkan keistimewaan ikan nyok-nyok, ikan pari, belangkas dan ikan sumpit. Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar apatah lagi tengok secara live ikan tersebut.
Ramai orang di sangkar ikan tersebut ketika sampai di sana, risau juga kot ada yang boleh tegelincir jatuh ketika menyusuri ruangan jalan yang sempit.
Kemudian ke kawasan dimana pemberian makan kepada helang dilakukan. Kelihatan helang berkeliaran di udara yang kemudiannya menyambar makanan berupa kulit ayam yang di campakkan ke permukaan air.
Akhirnya keluar ke laut lepas dan diperlihatkan beberapa struktur atau bentuk seperti muka manusia, kasut, orang tidur serta kura-kura.
Pada struktur kura-kura tersebut, terpampang tulisan ‘Kilim Geoforest Park’ yang menjadi tarikan untuk mengabadikan kenangan berlatar belakangkan tulisan tersebut. Kenapa dipanggil Geoforest Park ? Ia ada kaitan dengan penemuan kaian yang menunjukkan Langkawi dikatakan berusia 500 juta tahun lalu dan timbul permukaannya kira-kira 200 juta tahun lalu.
Kunjungan ke Kilim banyak memberikan pengetahuan baru dan pengalaman yang menarik. Tetapi kena merancang supaya perjalanan berbaloi dengan boat yang dinaikki, sebab agak mahal juga tambang satu boat. Kalau ramai dalam satu bot, baru berbaloi.
Seterusnya bergerak menuju ke Idaman Suri, salah satu pesaing Hj Ismail Group. Ganaz, dapat parking betul-betul depan pintu masuk kedai !!!! mana yang tidak sempat atau tidak ditemui di Hj Ismail Group, kami cari di sini.
Masih tidak puas hati, kemudian singgah lagi di kedai Hj Ismail Group yang satu lagi dan kemudian ke Kedai Rams juga.
Lepas Isyak, kami ke Restoran Seafood Bamboo yang terletak di tepi pantai tidak jauh dari homestay, untuk makan besar seluruh ahli rombongan. Boleh tahan ramai orang pada malam tersebut. Walaupun kami telah tempah awal, tapi lewat juga disiapkan hidangan kami. Terpaksa menunggu sikit.
Selepas makan, diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang sukaneka. Nampaknya mana yang muka masam semasa pertandingan tadi, mula tersenyum sebab kalah menang semua dapat hadiah, Cuma kecik besar aje.
Dalam perjalan balik, singgah di Uptown Kuah yang terletak di hadapan Hotel Bayview untuk membeli mana yang belum kesempatan untuk dibeli.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP