Thursday, February 10, 2011
Ke PD Ostrich Show Farm
Kalau nak ikutkan, banyak ladang penternakan burung unta atau burung kasawari atau ostrich di Malaysia. Persoalannya boleh hidupkah mereka. Menyaksikan burung unta di PD Ostrich Show Farm memberikan suatu pengalaman lebih dekat kepada burung ini.
Burung unta adalah yang terbesar dan terberat dari kalangan burung ( tidak termasuk burung Garuda ? ). Walaupun tidak boleh terbang, tetapi ia mampu berlari laju sehingga 70km/jam. Kepaknya digunakan untuk memacu keseimbangan khusunya semasa berlari laju serta komunikasi antara unta jantan untuk mengurat si betina.
Rasanya ada sekitar 20 ekor burung unta di sini. Burung di sini kebanyakkan dibawa dari benua Afrika. Katanya ada yang lahir di sini. Seekor burung unta boleh hidup sehingga 70 tahun. Lama juga. Dalam setahun seekor burung unta betina boleh bertelur sekitar 60 biji setahun. Besar dan berat juga telurnya, kekira 1kg lebih.
Disini pengunjung berpeluang untuk menaikki burung unta. Tapi melihatkan bentuk badan serta bulunya, terasa kesian serta geli juga. Semua burung unta di sini kurang kemas bulunya dan macama banyak gugur. Kekadang tu rasa tak yakin pulak, boleh ke ?
Dengan membeli makanan berupa jagung kering, kami berpeluang merasaikan pengalaman memberikan makanan kepada burung unta. Burung unta ni juga makan dedaun. Memula rasa takut melihatkan paruhnya yang besar serta lehernya yang panjang. Tetapi baik rupanya haiwan ini.
Selain daripada burung unta, terdapat juga koleksi sampingan lain seperti monyet, ayam itik exotic, iguana serta pengalaman bermain dengan arnab.
Ada juga dijual satay burung unta RM 10 untuk 6 batang. Tapi .. bagaimana sembelihananya ? Ladang ini dibuka setiap hari ( walaupun pada cuti umum ), dari 9 pagi hingga 5.00 petang dengan bayaran masuk RM 8 untuk dewasa dan RM 4 untuk kanak-kanak.
Klik Untuk Lihat Lagi Gambar Ke Port Dickson
0 comments:
Post a Comment