Wednesday, February 16, 2011

Cadangan Ibadah Korban Keluarga 1432H

Bersempena dengan Hari Raya Korban 1432H yang dijangka jatuh pada hari Ahad 6 November 2011, dicadangkan kita adakan Penyembelihan Korban Seekor Lembu. Kebiasaannya, seekor lembu boleh dibahagian kepada 7 bahagian. Oleh itu tawaran dibuka kepada sesiapa yang berhajat untuk turut serta pada kadar bayaran RM350 sebahagian. Makluman awal ini diberikan supaya dapat kita merancang untuk simpan atau reserve duit bulan demi bulan. Kalau last minute nanti terasa beban juga.

Arwah Abah dulu pernah juga buat sembelih korban seskor lembu kat rumah di Pt Lapis Kadir. Rasanya kita boleh adakah semula bersama, sambil semuanya dapat balik kumpul semasa hari raya Haji, yang jarang kita lakukan selain Hari Raya Puasa.

Kepada sesiap yang berhajat, bolehlah beri nama kepada Bang Adam. Urusan lain tu nanti akan dilakukan apabila telah hampir Hari Raya Haji, pengisian seperti aturcara program, tahlil, jamuan, barbeque dan sebagainya.

Jadi bolehlah memasing merancang nak ambik bahagian dan Adam bolehlah merisek atau mula tempat lembu kot ?

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP