Monday, November 29, 2010

Jom Ke MAHA 2010 !!!

Di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang, (MAEPS), Serdang Selangor Darul Ehsan, Malaysia, pada 26 November 2010 - 5 Disember 2010

Siri pameran dwitahunan MAHA International & HPPNK 2010 merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia.

MAHA International & HPPNK 2010 merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri.

Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA International & HPPNK 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA International & HPPNK 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.



Klik untuk lagi gambar

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP