Thursday, May 13, 2010
Hari Keluarga Semakin Hampir ?
Bagaimana persediaannya ? Bagi yang bekerja, sudah mohon atau dapat cuti ? Sudah rancang apa yang hendak di bawa dan apa yang hendak di beli ? Sudah rancang pergi macamana, bawa kereta mana, siapa share kereta dengan siapa ?
Balik Besut awal Mei lalu sempat intai beberapa tempat yang bakal dikunjungi serta buat persiapan sikit, khususnya untuk program di Besut seperti barbeque, penginapan serta sarapan di rumah Tok Ki. Nampaknya mereka seronok dapat tahu kita orang nak datang dan mungkin keluarga adik beradik Kak Nab akan join sama. Gambar di atas ialah rumah penginapan di Tg Demong.
Malah kami sempat ke Pasar Siti Khadijah dan Wakaf Che Yeh. Sebenarnya hari itupun pertama kali kami ke sana. Banyak yang menarik kata Kak Di, so kena bawak duit banyak banyak kalau banyak yang nak dibeli !!!! Jangan risau, kita berpada sahajalah. Insya'allah semuanya tidak akan pulang dengan tangan kosong. Kami sekeluarga akan menyedia 'goodies bag'.
Sebelah pasar Siti Khadijah ialah kompleks membeli belah Kota Batu Trade Centre. Dalamnya ada Radix Checken House, harap-harap Kak Yong dapat belanja kita semua makan tengahari di sana nanti ... ha ! ha !
Gambar di atas ialah pantai yang paling hampir dengan Hoimestay Tg Demong. Entahlah, kekira agak jauh juga, 200m daripada penginapan. Tapi kalau dengan kereta, Bukit Keluang hampir juga.
Gambar di atas pula ialah Masjid Hadhari jertih, mercu tanda baru pekan Jertih yang juga 'ibu daerah' bagi daerah Besut.
0 comments:
Post a Comment