Monday, April 19, 2010
Kausar Pelajar Terbaik PMR 2009 SMK Saujana Utama
Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2009 SMK Saujana Utama telah diadakan pada hari Sabtu, 17 April 2010 di Dewan Gemilang Saujana, SMK Saujana Utama mulai 8.30 pagi. Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Selangor, Tuan Mohd Suhaimi bin Yaidi telah hadir bagi merasmikan majlis tersebut.
Kehadiran kami tentunya bagi mewakiili Kausar atau Nurul Najihah Hassan yang memperolehi 9A dalam PMR 2009, kerana telah terpilih sebagai pelajar terbaik PMR 2009. Selain sijil dan plak, beliau juga menerima wang tunai sebanyak RM150. Boleh belanja RFC !!!
Tetapi Kausar tidak hadir, jadi kami jadi wakil sahaja. Nak balik camana, jauh. Lagipun di Kedah, hari Ahad sudah sekolah. Kalau hadirpun terpaksa bergegas hendak pulang ke asrama selepasnya. Majlis itu hari pun tamat dah dinihari. Ditambah Umi tak henti-henti sembang jumpa cikgu dan kawan lama. Lagipun agak lewat surat pemberitahuan. Kalau booking tiket flight, tentunya rega yang mahal.
Dalam ucapan perasmiannya, Tn Mohd Suhaimi meminta agar para pelajar terus berdisiplin dan memberikan tumpuan dalam pelajaran tanpa menghiraukan segala perkara negatif yang berlaku dalam dunia pendidikan dewasa ini. Sambil mengucpkan tahniah kepada semua yang berjaya, beliau berharap majlis pada hari ini akan menjadi inspirasi kepada para pelajar untuk terus mengejar kecemerlangan.
Turut hadir ialah Pengetua, Pn Salmah bt Mohd Yassin serta guru dan kakitangan SMKSU, dan YDP PIBG SMKSU, Ir Sulaiman bin Haji Abdul Rahman serta AJKnya. Pn Pengetua dalam ucapan alu-aluannya menggesa para ibubapa sentiasa memantau perkembangan dan disiplin anak-anak dan membantunya dalam menceburi bidang yang sesuai dengan kebolehan dan minat untuk masa depannya. Manakala YDP PIBG pula berharap agar PIBG dapat terus berperanan dalam memangkin kecemerlangan SMKSU.
Sementara itu Nur Zawani bte Zulkifli yan telah terpilih sebagai Tokoh Pelajar SPM 2009 SMKSU. Selain bergiat aktif dalam pelbagai bidang, beliau memperolehi 9A dalam SPM 2009. Manakala Dhanuskaa a/p Buddha Dasa yang memperolehi 10A dalam SPM 2009, muncul sebagai pelajar terbaik aliran sains dan SPM 2009.
Selain daripada penyampaian anugerah kepada pelajar cemerlang Tingkatan Satu, Dua dan Empat 2009, juga diadakan penyampaian anugerah kepada para guru atas pencapaian dalam pelbagai bidang akademik. Umi naik juga pentas dapat anugerah sebab pencapaian subjek biologi dalam SPM 2009 yang diajarnya mencatatkan kelulusan 100%.
Tetapi diperhatikan bahawa nampaknya, pelajar terbaik bagi Tingkatan Satu, Dua dan Empat 2009 semuanya dibolot oleh kaum India. Terbaik SPM pun India. Nampaknya kaum India di Saujana Utama cemerlang dalam bidang pendidikan. Yang Melayu tidaklah boleh dengki, sebaliknya perlu berusaha memberikan saingan. Tapi yang terbaik dari PMR selalunya dapat ke asrama penoh atau pindah sekolah lain. So, tinggallah yang kureng sikit pencapainnya. Itulah cabarannya.
0 comments:
Post a Comment