Saturday, April 17, 2010

Tentatif Program Jemputan & Hari Keluarga
Pada 5 - 8 Jun 2010


Sebagaimana diwar-warkan sebelum ini, hasil mesyuarat keluarga yang diadakan pada 27 Februari lalu, bersempena dengan jemputan kenduri kawin di rumah Che Shahrom Kuala Terengganu, perancangan dibuat untuk mengadakan Hari Keluarga yang pertama di sana. Ini juga berkebetulan dengan cuti pertengahan tahun sekolah. Sehubungan dengan itu berikut disertakan tentatif aturcara untuk semakan, pandangan serta perancangan semua, terutamanya nak kena ambik cuti.

5 Jun 2010 ( Sabtu )
12.30 tengahari - Tiba Rumah Pengantin
2.30 tengahari - Ke Kedai Payang
5.30 tengahari - Ke Taman Tamaddun Islam / Masjid Kristal
Malam - Bebas / Rewang / Tidur

6 Jun 2010 ( Ahad )
Pagi - Bebas / Rewang / Sarapan
9.00 pagi - Ke Kilang Batik Arfa Di Chendering
11.00 pagi - Ke Masjid Rusilla
11.30 pagi - Balik semula ke rumah pengantin
3.00 petang - Bertolak ke Besut
3.30 petang - Singgah Kedai /Kilang Keropok Basah Mengabang Telipot
4.30 petang - Check-in ke Homstay Tanjung Demong
5.30 petang - Berkelah / Mandi Pantai Bukit Keluang
7.30 malam - Solat Jemaah / Tahlil
8.30 malam - Barbeque

7 Jun 2010 ( Isnin )
7.30 pagi - Ziarah & Sarapan di Rumah Hj Awang
9.30 pagi - Melawat Pusat Penternakan Ikan Tg Demong
12.00 thari - Check-out & Bertolak ke Kota Bharu
1.30 thari - Check-in Di Apartment Panorama, Kota Bharu
2.00 petang - Makan Tengahari
2.30 petang - Ke Kompleks Bebas Cukai Pengkalan Kubor
6.30 petang - Ke Masjid Pulau Melaka
8.00 malam - Makan Malam
9.00 malam - Ke Pasar Malam Wakaf Che Weh

8 Jun 2010 ( Selasa )
7.30 pagi - Sarapan
8.30 pagi - Mandi Di Kolam Renang Apartmen Panorama
9.30 pagi - Ke Pasar Siti Khadijah, Bazar Buluh, Dataran Merdeka & sekitarnya ( jalan kaki saja )
1.30 tengahari - Check-out & Balik

Setakat ini, penginaan di Tg Demong ( 200m dari pantai ) dan Kota Bharu ( tengah bandar & tepi sungai ) telah di buat tempahan. Aturcara tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa serta cadangan dari yang lain-lain.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP