Monday, April 12, 2010
Ke Bukit Merah Lake Town Resort
Entahlah, tak semena-mena dapat peluang ke Bukit Merah Lake Town Resort ( BMLTR ). Sebelum ini asyik lalu saja dan lihat saja dari Lebuh Raya PLUS. Nak singgah tak berapa nak sudi sebab kata orang agak mahal. Biasalah kalau ada taman tema begitu. Berpeluang ke sana tiga hari dua malam ( 9 hingga 11 April 2010 ) siap dengan makan minum serta tiket combo untuk tiket masuk semua yang ada dalam taman tema tu.
Memang agak menarik juga BMLTR ini. Orang tidak berapa ramai ( boleh survive ke ? ) ke sini. Nak mandi dan main air pun tidak sesak. Lihat majoriti pengunjungnya famili orang Melayu dan tak adalah yang berpakaian seksi meksi semasa masa mandi manda. Apakah kerana pengusaha BMLTR ini orang melayu iaitu Dato Mustapha Kamal MKLand, maka orang Cina tidak gemar nak mengunjunginya ?
Tak pastilah bila mula BMLTR ini mula dibuka, sebab kelihatan bangunannya nampak macam menunjukkan usianya telah lama. Berkonsepkan taman tema air, pelbagai permainan disediakan. Bukan sekadar untuk keseronokan, tetapi ada yang mencabar serta menguji sejauh mana kita mampu melakukannya.
Umpamanya di permainan 'boomerang', dimana di atas pelampung menuruni ke bawah curam 80 darjah dan berulang alik dengan lajakan. Pesakit jantung agaknya boleh terus mati kalau mencubanya.
Lelain tu banyak ala gelongsor panjang yang menyebabkan kita mengelongsor laju melaluinya. Itu yang thrill nya ...
Pada hari kedua, naik chairlift untuk ke taman haiwan. Mulanya terasa agak ghayat juga, namun tidaklah tinggi sangat. Cuma persoalannya ialah tentang ciri keselamatan. Macam tidak berapa ada. Perjalanan kekira 10 minit baru sampai di penghujung di mana terletaknya taman haiwan.
Agak menarik juga binatang yang terdapat di taman ini. Antara yang rasanya tidak pernah ku temui ialah binturong atau Bear Cat. Pelbagai spesis arnah nampaknya sungguh jinak sekali. Cuma kesian nengok sang beruang, kurus kering macam tidak cukup makan.
Kemudian kami dipersembahkan dengan pertunjukan haiwan yang terdiri daripada 3 ekor burong, monyet serta ... lupa pulak apa binatangnya, macam memerang aje !! Pandai burong-burong tu naik basikal, main bowling, main bola, malah selesaikan masalah matematik !!!
Cuma frust sebab tak dapat nak ke Pulau Orang Utan kerana air tasik cetek yang mengelilinginya kering akibat kemarau, dibimbangi bot terlanggar tunggul kayu. Tasik ini dikatakan menjadi punca air bagi daerah yang berdekatam. Kalau gitu gayanya, nampak parah. Di pulau tengah-tengah tasik tersebut didiami dengan beberapa orang utan yang memang dipelihara dengan elok. Malah inilah antara keistimewaan BMLTR.
0 comments:
Post a Comment