Saturday, August 29, 2009
Solat Terawih Di Masjid Besi
Masjid Sultan Tunku Mizan mula digunakan pada malam 1 Ramadhan untuk terawih. Kami sekeluarga ambil kesempatan solat di sana pada hari Selasa 25 Ogos 2009 untuk merasa pengalaman masjid baru yang khabarnya boleh memuatkan 20ribu jemaah.
Wah memang besar dan menarik. Jemaah memang ramai, tapi tak dapat nak agak jumlahnya. Bacaan Imam Terawih jemputan dari Syria malam itu sungguh sedap. Tidak terasa penat atau tidak selesa walaupun 20 rekaat. Sistem siarayanya atau speakernya jelas. Walaupun takde aircond atau kipas namun takdelah panas sangat. Mungkin air tasik dan kolam sekitar masjid tersebut mendinginkan ruang utama solat yang seperti takde dinding
Sebab namanya masjid besi dan dikatakan menggunakan 70 strukturnya daripada besi keluli, cuba juga ketuk-ketuk dinding dan tiangnya. Ramai yang buat begitu. Mungkin sama keinginan untuk pastikan betol ke besi. Tapi jumpapun. Mungkin tidak nampak sangat atau terasa besinya. Mungkin struktur dalaman atau binaan sebelah atas yang tidak terketok oleh tangan itu yang besi.
Lepas terawih pun ada morey jugak. Nampak banyak juga makanan disediakan.
0 comments:
Post a Comment