Thursday, September 10, 2009
Balik Kampung 5 September 2009
Memang pada asalnya tiada rancangan nak balik, tetapi sebab Rahman balik bercuti dari Kanada, so baliklah juga. Tambahan dia akan balik Kanada sebelum raya. Sekurang-kurang dapat jumpa dengan nenek sebelum raya. Sebelum ini dah balik Terengganu sempena cuti Merdeka.
Dalam perjalanan balik, singgah sebentar di Nilai 3 sebab nak cari baju raya siap, kekira 35 km dari rumah Putrajaya. Dokat aje …
Sejak duduk Putrajaya ini kali pertama kami balik kampong. Jarak perjalanan termasuk singgah Nilai 3 sekitar 270km. Bertolak dari Nilai 3 sudah 1.15 tengahari dan sampai Pt Raja solat untuk kekira jam 3.30 petang. Memang cepat dan pendek perjalanan berbanding duduk Saujana Utama sebelum ini.
Wah … nampak sudah banyak berubah rumah kat kampong. Sebelum ini cuma dengar menerusi cakap-cakap sahaja. Parking bumbung Cuma untuk 3 lot sahaja. Agaknya yang lain kena pakat-pakat kongsi kos untuk buat satu lagi … ha ! ha ! … Idea bagus ke ?
Anis, Deja dan Alif pulak semakin galak. Tentu meriah rumah nenek sekarang. Alhamdulillah, dapat berbuka bersama sekali dan sahur sekali. Nazir pun ada sekali.
Pagi Ahad, pergi ke Bazar Agro Rengit. Ramainya orang. Siap pasang pengawal lalulintas dari Rela supaya memudahkan orang berhenti keluar masuk parking. Beli sikit saja buat jajan Rahman balik nanti. Lagipun ikutkan pengumuman, petang Raya Ke-2 nanti bazar tu mula dibuka seperti biasa.
Daripada segi harga, rasanya macam lebih kurang aje. Cuma banyak pilihan termasuk kek Lapis Sarawak, Betawi , jeruk, air botol gas dan dalam tin. Bukan semuanya barangan tempatan, ada juga daripada negeri lain termasuk yang import. Nak cari yang utama sebenarnya Nanas dalam tin. Dulu beli Rm 12, tapi sekarang sudah naik kepada RM 14 pulak.
Nampaknya sekarang musim duku, sana sini mudah diperolehi. Murah juga sebab 7 kilo RM10 sahaja. Lepas beli Rm10, terjumpa pulak kedai jual 8 kilo RM10 … argh !!!!
Dalam perjalan balik, sengaja lalu jalan dalam sebab nak singgah rumah Aqila di Telok Mas. Kak Yong kata kena singgah sebab nak berikan semangat bagimenghadapi UPSR. Sebelum balik singgah Bazar Ramadhan Telok Mas, Nampak macam sedap-sedap, beli Murtabak Telok Mas, Nasi Beriyani resepi Batu Pahat serta kuih muih. Tetapi entah kenapa masa buka puasa semunya rasa macam tawar sahaja …
Jumlah jarak perjalan pergidan balik cuma 580km sahaja. Masa duduk Saujana Utama dulu, sekali balik ikut Highway saja sudah 310km !!!
Klik Untuk Lagi Gambar
0 comments:
Post a Comment