Tuesday, August 18, 2009

Photobucket

Majlis Konvokesyen ke-9 Universiti Teknologi Petronas

Setelah 2 bulan menunggu, Kakyong akhirnya selamat bergraduasi pada 16 Ogos 2009, Ahad di dewan canselor UTP. Majlis konvokesyen kali ni terbahagi kepada dua sesi, pagi dan petang. Sesi pagi untuk pelajar chemical, sivil dan business. Sesi petang pulak untuk pelajar jurusan electrical, mechanical dan ICT.

Photobucket
bersama kawan2 sekelas

Kakyong tamat pengajian dengan ijazah kepujian kelas kedua tertinggi Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Tak dapat nk masuk dalam kelas pertama sebab keputusan semester akhir jatuh sikit.

Berdebar jugak nak naik pentas sebab pemberi scroll tu Dato Seri Tuan Hassan Merican merangkap Pro Chancellor UTP. Kalau sesi pagi lagi best sebab dapat peluang terima scroll dari Dr. Mahathir Mohammad, Tun M merupakan Chancellor UTP. Mmg selalu Tun M datang UTP untuk sebarang program motivasi, sesi lecture bersama student UTP.

Photobucket
kenangan terakhir

Buat masa ni, kakyong masih jobless. Jadi semua org doakan kakyong dapat kerja cepat dan kerja yang bagus ye~~ ^___^. Interview petronas harituh kakyong tak lepas maybe bukan rezeki lah nk msk dlm petronas tu. Terkilan jugak sbb mmg berharap sgt tapi nak buat camne hehe. setakat ni dah apply kt tmpt lain just menunggu untuk dapat panggilan temuduga. doakan kakyong ye!



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP