Wednesday, August 20, 2008

Selamat Pengantin Baru Hafize

Pada Ahad 17 Ogos 2008, berlangsunglah majlis Walimatulurus di Rumah Che Badri untuk anaknya Mohamad Hafize dengan Syarifah Norfareeza binti Syed Nazim. Majlis kenduri termasuk pernikahan di rumah pengantin perempuan telah diadakan seminggu sebelum itu. Hafize merupakan anak tunggal kepada Che Badri dan Puan Jamilah yangkini bertugas di KL. Selamat Pengantin Baru diucapkan.



Cumanya Che Badri nampak kurang sihat pada hari tersebut. Walaupun cuba menunjukkan wajah keceriaan, namun tidak dapat disembunyikan keadaan kesihatannya. Difahamkan tahun ini jika diizinkan Allah akan berangkat menunaikan Haji di Mekkah. Bersama kita doakan akan kesejahteraan Che Badri.

1 comments:

zulkarnain 10:11 PM  

apesal gambar tak keluar...

-nain-

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP