Thursday, August 21, 2008

Selamat Pengantin Baru Nain ...16 Ogos 2008

Alhamdulillah, pada 16 Ogos 2008 yang lalu, Che Nain atau nama penohnya Zulkarnain Masrom telah diakad nikahkan di rumah pengantin perempuan di Johor Baru. Majlis akad nikah dilangsungkan pada kira-kira jam 11.00 pagi. Rombongan seramai 6 buah kereta bertolak dari rumah kira-kira jam 7.30 pagi dan tiba di Surau berhampiran kira-kira jam 9.45 pagi. Turut menunggu di Johor baru ialah Paklong sekeluarga, Che Amim dan Nek Amah Singapura.

nainkwn44 - Share on Ovi

Majlis akda nikah berjalan lancar. Tetapi kena ulang tiga kali juga lafaz akad nikah. Majlis 'persandingan keluarga' pula diadakan selepas Zuhor. Apa lucunya sedang berarak menuju rumah pengantin, hujan turun dan bertempiaran lari semuanya termasuk kumpulan kompang pengiring.

Apapun, Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai. Semoga saling menjadi suami dan isteri yang baik untuk membina keluarga bahagian yang diredhai Allah.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP