Tuesday, August 19, 2008
Ke MAHA 2008
MAHA 2006 yang kedengaran lebih kepada masalah logistik. Kini MAHA 2008 kembali. Malaysia Agriculture Horticulture and Agrotourism Exhibition 2008 atau MAHA 2008 sedang berlangsung di Serdang Selangor. Pameran ini dianggap bukan sahaja yang terbesar di Malaysia, tetapi mungkin di Asia Tenggara. MAHA2008 telah diiktiraf oleh The Malaysian Book of Records sebagai pameran terbesar di Malaysia.
Diadakan bermula dari 13 Ogos hingga 23 Ogos, boleh dianggap acara ‘mesti hadir’. Lagipun diadakan semasa cuti sekolah berlangsung. Pelbagai pameran, pertunjukan, produk dan inovasi yang berkonsepkan ‘Pertanian Adalah Perniagaan’ diadakan. Walaupun sempat ke sana, tetapi memandangkan keluasan kawasan, tak dapat nak diselesaikan dari jam 9.30pagi hingga 4 petang. Mungkin 2 atau 3 hari diperlukan. Pelbagai perkara menarik di sana. Panjang umur jumpa lagi MAHA 2010.
0 comments:
Post a Comment