Hari Keluarga Mak Limah : Hari 1 ( Rabu, 5hb Disember 2012 )
Wednesday, January 02, 2013
Sebagaimana dirancang, Trip & Hari Keluarga Mak Limah di Pulau Langkawi berlangsung dari 5hb hingga 8hb Disember 2012. Pilihan tempat diputuskan kekira tahun lepas sambil menunggu ahli baru iaitu Che Da. Dua tahun lepas kami mengadakannya di Kelantan Terengganu. walaupun tidaklah agresif persiapan, harapannya kunjungan ke Langkawi ini penuh kenangan, bermakna, berbaloi dan puas hati.
Sebahagian besar ahli rombongan keluarga belum menjejakkan kaki ke Langkawi lagi. Nampak begitu teruja, apatah lagi kanak-kanak yang khabarnya beberapa hari sebelum bertolak asyik menyatakan tidak sabar nak ke Langkawi. Bertolak dari Putrajaya kekira jam 3.00pagi. Semuanya 5 buah kenderaan dengan peserta seramai 15 dewasa, 6 kanak-kanak dan 2 kanak-kanak bawah 3 tahun. Kemudian berhenti di RnR Sungai Perak jam 6pagi untuk solat suboh dan sarapan dengan bekalan yang dibawa. Kemudian meneruskan perjalanan tanpa masuk atau melalui Bandar Alor Star dan sampai di jeti jam 10 pagi. Terasa jauh sikit. Sepatutnya lancar sikit perjalanan, tetapi jadi teragak-agak pulak. Dalam feri ke Langkawi, bebudak tidak boleh duduk diam tanda tidak sabar nak sampai. Tambahan keadaan feri pun agak selesa dengan hawa dinginnya. Akhirnya sampai Apartmen Lagenda sebagai homestay sepanjang di Langkawi kira-kira jam 2.00 petang. Dua unit homestay yang disewa, ada tiga bilik tidur + dua bilik air, lengkap dengan kemudahan sebuah rumah termasuk washing machine. Begitu juga dua unit van yang disewa agak baru, memang selesa. Kemudian bergegas ke lokasi pertama iaitu Beras Terbakar Padang Matsirat. Tiba lokasi makan tengahari dulu, walaupun sudah lewat petang. lambat pulak makanan nak sampai walaupun sudah order yang diangggap mudah penyediaannya, nasi ayam. Pelan nak ke Kompleks Mahsuri dibatalkan sebab sudah lewat petang. Nampaknya ada yang teruja dengan kisah mengapa beras dibakar dan kaitan dengan Mahsuri. Kemudian ke salah sebuah kedai pengusaha produk gamat dalam perjalanan pulang ke Kuah. Hari sudah petang, dapor ’memask gamat’ telahpun ditutup. Kekadang terasa yang rega kat situ lebih mahal berbanding kalau beli di Kuah atau Hj Ismail Group contohnya. Kemudian terus menuju ke Apartment dan singgah di Pasar Malam Pekan Kuah untuk membeli juadah makan malam. Malam itu tidak kemana, berehat setelah separuh hari perjalanan. Nak singgah window shopping pun memasing sudah tidak larat.Catatan Hari Keluarga Mak Limah : Hari Ke-2
Catatan Hari Keluarga Mak Limah : Hari Ke-3
Catatan Hari Keluarga Mak Limah : Hari Ke-4 Baca lagi ...