Monday, March 15, 2010
Sekitar Majlis Perkahwinan Izat Di Yong Peng
Izat atau nama penohnya Muhammad Izat bin Dato' Jaafar ( anak Pak Long ) telah selamat dinikahkah pada 9.30pagi, Ahad 14 Mac 2010 di rumah pengantin perempuan iaitu Nor Juliana bte Muhd Yusof. Walaupun ramai yang kecewa kerana tidak dapat menyaksikan majlis pernikahan tersebut, namun majlis berjalan lancar sehingga petang.
Pada asal maklumat diterima pernikahan diadakan jam 11.00 pagi. Rombongan dari Pt Kadir sampai di persimpangan berhampiran kekira jam 10.15 sambil menunggu yang lain. Rupanya rumah persingahan hanya di belakang tempat kami menunggu. Itu yang ralatnya.
Jam 2.30 petang, pengantin lelaki mula diarak dengan pasukan kompang tempatan. Rombongan lelaki nampaknya tidaklah berapa ramai. Setibanya di perkarangan rumah pengantin perempuan, ada tol serta silat pengantin.
Melepasi tol di luar, ada lagi tol kat pelamin. Melepasi tol kedua, barulah kedua mempelai di atas pelamin. Keduanya nampak secocok dengan pakaian bertemakan warna oren muda.
Kemudian upacara merenjis pengantin diadakan di kalangan sanak saudara. Mak Yah nampaknya berdoa lama di hadapan pengantin. Semoga Izat dan Jue bahgia bersama hingga akhir hayat.
Sementara majlis merenjis pengantin berjalan, yang lain pun tak membuang masa terus menjamu selera dengan hidangan yang disediakan. Sedap masakannya.
Beberapa minit kemudian Pak Long muncul untuk bersama meraikan majlis. Walaupun kelihatan uzur, digagahi berjalan berbantukan walker khasnya untuk duduk bersama-sama sedara mara.
Kemudian pengantin pun keluar menuju ke meja untuk makan beradap di bahagian hadapan khemah yang disediakan khas. Bacaan doa selamat dan kesyukuran dibaicakan sebelum pengantin menjamu selera. beberapa sedara mara sebelah pihak Mak yah memenuhi kerusi di meja makan bersama pengantin.
Kira-kira jam 3.30 petang, sedara mara mulai beransur pulang. Hanya keluarga serat adik beradik terdekat masih bersama ketika kami mulai beransur. Minggu depan jumpa pulak dalam majlis yang akan diadakan di Johor Baru. Semua adik beradik Izat hadir kecuali Najib yang masih bersama isterinya yang kematian bayi yang masih dalam kandungan. Joy pun pulang dari England bercuti bagi bercuti meraikan majlis ini.
0 comments:
Post a Comment