Wednesday, March 10, 2010

Rahman Kemalangan Patah Tangan

Terkejut apabila terima panggilan telefon Rahman pada hari senin 11.30malam Selasa 9 Mac 2010 lalu yang memberitahu dia kemalangan sehingga dikatakan patah tulang dipergelangan tangan. Katanya kejadian berlau pada tengahri Ahad lalu ketika sedang bermain Skateboard berhampiran rumah penginapannya.

Rahman kemudiannya mendapat rawatan kecemasan berhampiran yang kemudiannya membalut tangannya sebagaimana digambar. Katanya macam sikit sahaja takdelah serius. Tetapi apabila dirujuk kepada hospital kesihatan, terus kena simin.

Menurut doktor yang merawatnya, 6 minggu diperlukan untuk kembali pulih. Namun dua minggu lagi nak kena buat pemeriksaan lanjutan. Walaupun demikian Rahman dikatakan masih boleh menulis perlahan-lahan.

Payah juga sebab yang patah tangan kanan. Nak menulis, makan minum, siapkan kerja rumah ... Peperiksaan akhir pula ngam-ngam lagi 6 minggu. Harap dapat banyak berehat dan study serta cepat sembuh untuk menghadapi peperiksaan tu. Ini kejadian kedua menimpanya. Masa kat SDAR dulu patah tulang sebelah kiri. Masa tu nak dekat PMR.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP