Monday, December 28, 2009

Tahniah Kausar PMR 9A

Mungkin telah dijangka, namun menjelang pengumumannya terasa akan debarannya. Bimbang menjadi sebaliknya. Namun alhamulillah, Umi call pada jam 11 pagi mengatakan Kausar dapat 9A. Ah, lega. Tradisi nampaknya berkekalan, dapat semua A dalam UPSR dan PMR.

Menerima slip keputusan dari Pengetua sebagai salah seorang yang memperolehi semua A.

Pencapaian kausar dalam akademik semasa di sekolah menengah agak konsisten sejak Tingkatan Satu lagi. Keadaan ini berbeza masa di darjah 6 SK Saujana Utama. Dua tahun berturut-turut dapat nombor satu dalam tingkatan satu dan dua. Apabila pindah SMK Putrajaya pun dapat nombor satu semasa peperiksaan percubaan PMRnya.

Tumpang gembira dengan Umi.

Bersama dua lagi rakan sekelasnya yang turut mendapat 9A.

Bergambar ramai, sebahagian daripada 16 orang yang mendapat semua A.

Bersama Umi serta rakan segeng Kausar.

Ke mana selepas ini ? Tengoklah rezeki. Target tu supaya dapat ke Kolej Islam Sultan Abdul Aziz Shah atau KISAS, dulunya dinamakan Kolej Islam Kelang dan merupakan salah sebuah sekolah berasrama penuh yang lama.

Kak Yong turut tidak ketinggalan menyibuk selain tukang ambik gambar.

2 comments:

IzanJay 7:11 PM  
This comment has been removed by the author.
IzanJay 7:15 PM  

Tahniah untuk Kausar!!!!!

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP