Tuesday, July 14, 2009

Ke Putrajaya 11 - 12 Julai 2009

Alhamdulillah, kekira jam 1.00 tengahari 11 Julai 2009, tibalah rombongan 3 buah kereta di Putrajaya sebagaimana yang dirancang. Nampaknya semua ada kecuali wakil Simpang Renggam aje. Takpe, mungkin lain masa. Terima kasih kerana sudi datang.

MUla-mula melawat Monumen Alaf Baru Kebangsaan di Precint 2. Dekat dengan tasik serta nampak Masjid Besi atau Masjid Sultan Mizan yang sedang dalam pembinaan.

Lepas tu melawat Jambatan Seri wawasan. Agak unik senibina Jambatan ini dan sering menjadi tempat lokasi pengambaran filem-filem dan drama TV.

Lepas itu pergi ke Masjid putra dan jalan-jalan di hadapan masjid berkenaan. Ramai orang 'berkelah' ketika itu.

Hari kedua selepas Sarapan, jalan lagi ke Jambatan Seri Perdana berdekatan PICC dan empangan yang mengawal paras air di tasik-tasik sekitar Putrajaya.

Melawat ke Pesta Air Putrajaya di Precint 6. Ada Pelbagai acara berkaitan seperti perlumbaan perahu layar dan perahu layar remote control.

Kemudian singgah ke Seri Perdana, iaitu kediaman Rasmi Perdana Menteri Malaysia. Pintu pagar aje. Mana boleh masuk.

Tengok gambar-gambar ni, tentu teruja dan harap-harap orang simpang pulak datang Putrajaya lepas ini. Ha.. ha .. Untuk lagi gambar sila klik.

1 comments:

ajit 10:20 PM  

wah seronok nye..bila agak nye kita nak sampai sana pulak..tggu raya kot..ada masa Insyaallah kita sampai pulak.

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP