Sunday, August 09, 2009
Konvokesyen Nadiah Di Darul Quran
Pada 8 Ogos 2009, berlangsung majlis Konvokesyen Darul Quran Kuala Kubu Baru Kali Ke-28. Sesi untuk penerimaan Sijil Tahfidz dilakukan di sebelah petang, manakala penerima Diploma sebelah pagi. Alhamdulillah Kak Di menerima sijil dengan pangkat Mumtaz ( Cemerlang ) dari kalangan 18 pelajar.
Sijil yang diterima sekadar pengiktirafan, lepas ini sambung belajar semula di UIA Petaling Jaya tu. Kak Di sebenarnya tidak sihat hari itu, lepas aje mmajlis berakhir, terus ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk buat pemeriksaan lantaran dikhuatiti dijangkiti selsema yang sedang menular dan hebat diperkatankan sekarang. Tapi setakat ini cuma demam biasa saja. Doktor tak dapat nak beri cuti sebab 'buku cuti sakit sudah habis'.
Klik untuk lagi gambar.
0 comments:
Post a Comment