Thursday, September 15, 2011

Kak Di Masuk UIAM Kuantan

6 September yang lalu, kami ke Kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ) yang terletak di Bandar Indera Mahkota Kuantan Pahang untuk mendaftarkan Nadiah meneruskan pengajian di sana. Setelah hampir 5 bulan bercuti setelah menamatkan pengajian di Matrikulasi UIA Petaling jaya, kini tibalah masa untuk masuk kuliah semula.

Memang tidak dinafikan bahawa Nadiah akan berdepan dengan cabaran yang begitu hebat. Namun mohon doa daripada keluarga sekalian agar beliau boleh berjaya menghabiskan pengajiannya dalam bidang kedoktoran. Pagi tersebut agak ramai juga pelajar datang bersama keluarga yang menghantarnya. Namun proses pendaftaran berjalan lancar dan tidaklah memakan masa yang lama.

Kampus UIAM Kuantan sebenarnya terletak di Bandar Indera Mahkota. Ia merupakan bangunan kampus yang agak baru dan siap dibuka dengan rasminya pada Jun 2004. Kampus ini menempatkan pelajar bagi pengajian Perubatan, Kejururawatan, Sains Bersekutu, Sains, Farmasi dan Pergigian.



Manakala asrama tempat penginapan Nadiah terletak kira-kira 2km dari kampus. Khabarnya bas untuk mengangkut pelajar dari kampus ke asrama disediakan oleh pihak kampus.

Asrama pun nampak baru. Lantai masih berdebu bekas dari pembinaan yang baru siap. Kontraktor tidak basuh ke lantainya ? Ruang tidur bagi setiap pelajar agak sempit tetapi ada privacy bagi setiap pelajar. Setiap bilik dihuni oleh anatara 6 - 8 pelajar. Manakala tandasnya terletak berasingan dari bilik, barangkali penghujung asrama sebagaimana sediakala asrama lain.

Berdekatan asrama, tetapi di luar pagar terdapat bangunan kompleks perniagaan yang menempatkan pelbagai kemudahan untuk pelajar seperti gerai makan, kedai runcit dan pelbagai lagi. Tapi nampak masih baru dan belum banyak yang dibuka. Atau mungkin masih bercuti Raya Aidil Fitri lagi.



Lagi Gambar Semasa Pendaftaran

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP