Wednesday, September 23, 2009

Kemeriahan Raya 1430H

Berbanding dengan tahun-tahun lepas, Raya tahun ini nampaknya berlainan kemeriahannya. Tak tahulah kalau ada yang merasakan paling meriah. Walaupun tidak semua berkumpul pada pagi raya pertama, tetapi kejayaan berkumpul mengadakan Majlis Tahlil & Bacaan Yasin Sempena Raya 1430H pada hari raya ke-3 atau Selasa 22 September 2009 kali ini pastinya meninggalkan kenangan manis buat ahli keluarga Maklimah.

Nampaknya impian bonda sudah terlaksana, malah menjadi suatu tajuk perbincangan mesyuarat selepas itu. Bukanlah suatu perubahan besar sebagaimana dalam ucapan Che Duki, namun hasil perbincangan, mesyuarat memutuskan untuk dibuat penganjuran Majlis Tahlil & Bacaan Yasin tahunan itu secara bergilir di rumah adik beradik keluarga, kecuali yang di Kuala Lumpur. Nampaknya tahun depan kita ke Felda Nitar !!!

Majlis bermula jam 9.45 pagi dimulakan dengan bacaan Yasin, Tahlil arwah dan selawat. Sebelum jamuan, ada beberapa ucapan termasuk dari Che Badri, Che Mokhsin, Che Duki serta wakil yang bakal mengerjakan haji tahun ini.

Semua keluarga adik beradik anak kepada arwah Salam Abu Nahar & Meah Kasani hadir, kecuali Che Yunus yang tidak dapat hadir kerana ada kematian sedara. Tetapi anak-anak kepada Che Yunus & Arwah Che Lah semuanya hadir bersama. Turut hadir memeriahkan majlis ialah keluarga Che Asir, Che War, Che Har dan Che Ashari.

Hadirin kemudiannya menjamu juadah dengan menu utama sate, rendang, nasi impit dan rojak buah. Sebagaimana kata Che Mokhsin, yang penting bukannya juadah, tetapi Tahlil & Yasin serta ikatan siluturrahim apabila dapat bertemu dalam majlis sebegini.

Selepas jamuan mesyuarat ringkas diadakan membincangkan beberapa perkara termasuk soal pengiliran tuan rumah tadi. Sambil itu, acara bergambar beramai-ramai diadakan mengikut keluarga. Ada cadangan iaitu pengumuman ahli keluarga yang baru seperti yang baru kawin, dapat anak or cucu ... tetapi mungkin sudah tahu, cuma tak kenal yang mana satu, terutamanya jika tidak sempat ziarah sempena kelahiran atau perkahwinan dulu.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan kira meriah. Bukan senang hendak mengumpulkan semua keluarga dalam majlis sedemikian. Nampaknya orang kat dapor pun sibuk dengaan persiapan sejak pagi lagi.

Di harap majlis tersebut juga menjadi kenangan manis kepada keluarga lain yang hadir, selain daripada penerusan aktiviti ziarah raya ke rumah sedara mara terdekat yang menjadi kemestian saban tahun.

Untuk lihat lagi gambar raya, sila klik

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP