Wednesday, September 16, 2009
Cemas Giler !!! Rahman Tertinggal Kapalterbang Balik Kanada
Tengahari 10 September 2009, jadi cemas setelah menalipon Rahman untuk bertanyakan persiapan nak balik semula Edmonton, Kanada. Apa taknya, tetiba dia kata dah missed flight !!! Ingatkan 9.25 malam tetapi sebenarnya 9.25 pagi. Nampaknya tertukar pagi dengan malam. Terus balik rumah dari tugas luar. Dalam masa yang sama Rahman call travel agent dimana dia mendapatkan tiket dahulu. Kalau ikutkan pengalaman dan setakat mana tahu, dalam kes ini selalunya kira ’hangus’ tiket tu dan kena beli semula … waduh tiket bergi balik = 1,800 CAN kalau bagi dua kekira 900 CAN dan kali 3.2 = RM 3000. Sudahlah bonus tak dapat this year. Menggigil kaki !!
Sampai rumah Rahman telah siap untuk terus ke airport. Setelah umi siap kami tunggu dua Kak Yong dan Kauthar kembali dari sekolah. Tanpa masuk rumah, kakyong dan kaauthar terus bergegas ke KLIA. Rahman kata dia baru saja perasan apabila check flight schedule di Internet. Kawan yang sepatutnya bertolak sama dari KLIA pun tak de telefon, sebab register Kanada dan takde international roaming.
Dalam perjalan ke KLIA, kami merancang pelbagai pelan itu dan ini untuk mencari yang terbaik dan termurah. Rahman hendak balik juga hari ini sebab kelas atau kuliah telah bermula. So tak mahu tertinggal banyak kelas katanya.
Sampai di KLIA kekira jam 3.30, nego dengan pegawai kaunter tiket Cathay Pacific akhirnya dapat naik sekurang-kurangnya dari KLIA sampai Hong Kong dan kemudian Vancouver Kanada tanpa sebarang bayaran dikenakan. Kapal berikut Cathay Pacific ke Hongkong ialah pukol 5.40 petang. Lega … alhamdulillah, masih ada rezeki dari Allah. Namun pegawai tu kata mungkin ada service charge daripada trevel agent nanti.
Alasan yang kami gunakan ialah just realise 9.25 AM not 9.25 PM. Pegawai tu ingatkan berkali-kali, ini suatu pengajaran berguna untuk Rahman. Rasanya yang membolehkan dapat naik flight tanpa bayar semula tiket ialah masih ada kekosongan selain kesiankan masih pelajar. Satu lagi kata pegawai tu, tiket tu bukan ‘restricted ticket’. Ini yang aku tak faham, apa yang dimaksudkan. Peduli apa. Yang penting dapat semula tiket balik tu, walaupun sudah terlepas.
Sehari kemudian terima e-mail daripada Rahman, katanya sampai Edmontond dari Vancouver jam 3.00 pagi Jumaat 11 September 2009. Semua barangan dan jajan raya yang dibawa lepas dari pemeriksaan imigresen. Setakat ini belum ada sebarang bayaran dikenakan. Alhamdulillah, selamat sampai, selamat duit dan berharap percutian hampir dua minggu Rahman di Malaysia membawa kenangan manis bersama kami sekeluarga.
0 comments:
Post a Comment