Wednesday, April 15, 2009
Melawat Kellie's Castle
Pada bulan lepas, Kauthar bersama Umi dan Kak Yong membuat lawatan kerja ke bekas bangunan yang dinamakan Kellie's Castle, Perak. Sebenarnya Kauthar nak cari bahan bagi menyiapkan kerja kursus PMRnya. Kellie's Castel terletak di tepi jalan utama antara Batu Gajah-Gopeng, Perak. Senang aje nak jumpa, tapi masuk kena tiket.Kenapa dinamakan Kelly Castle atau Kota Kelly ? Ia mengambil sempena nama pemiliknya yang bernama William Kellie Smith. Beliau orang Scotland dan datang ke Malaysia ( ketika itu Malaya ) pada tahun 1890. Di sana dia bertemu dengan Alma Baker yang kemudiannya diberi tanggungjawab membersihkan hutan seluas 360 hektar untuk menanam pokok getah.
Namun tidak lama kemudian penyakit Spanish Flu menyerang dan merebak dari Eropah ke Asia sebaik perang dunia pertama yang mengorbankan ramai pekerjanya. Smith kemudian meninggal dunia akibat penyakit ketika berada di Portugal pada tahun 1926. Maka kota tersebut gagal disiapkan. Isterinya kembali ke Scotland dan menjualkan rumah tersebut kepada sebuah syarikat lain.
Peninggalan kota yang begitu besar dan kosong telah mengundang pelbagai cerita mistri. Entahlah, mungkin gimik untuk tarikan pelancong. Namun kota tersebut kini sekadar menjadi tarikan pelancung kerana senibinanya yang unik, serta melambangkan pengaruh british serta India yanag kuat pada masa itu. Beberapa binaan juga telah runtuh akibat kena bom semasa perang dunia ke-2.
Untuk lihat semua gambar, sila klik.
0 comments:
Post a Comment