Thursday, March 19, 2009

Walimatul Urus Di Singapore

Alhamdulillah, kiranya ramai juga yang berkesempatan menghadiri majlis pernikahan dan perkahwinan anak bungsu Nek Amah dan Atok Jamari di Bukit Batok Singapore pada 14 & 15 Mac yang lalu.

Mohd Halim Jamari telah selamat dinikahkan dengan Cikgu Samsinar selepas Zuhor 14hb di salah sebuah masjid berdekatan. Kenduri kahwin diadakan di ruang ruai di bawah bangunan Blok 363. Persiapan kerusi meja makan, pelamin dan hidangan banyak dilakukan secara catering.

Pada 10.00pagi 15hb Mac tu, diadakan majlis bacaan berzanji, selawat dan marhaban.

Jemputan bermula jam 11.00 pagi. Ramai yang hadir dan kelihatan meriah. Baru nampak ramai juga oang Melayu kat Singapore ni. Tapi para jemputan kaum Cina dan India ada juga yang hadir.

Rombongan menghantar pengantin ke rumah pengantin perempuan yang dijadualkan jam 12.30 tengahari, agak terlewat kerana kerosakan bas. Bas ganti yang membawa rombongan pengiring dan pasukan kompang akhirnya tiba jam 1.15tengahari.

Nampaknya masih mengekalkan tradisi melayu, ada kompang, bunga manggar, ada juga tol di kerusi pengantin serta silat pengantin. Maklumlah pengantin perempuan merupakan cikgu di sebuah sekolah rendah, ramai anak murid yang kelihatan kebanyakkannya keturunan cina, hadir dengan pelbagai gelagat dan hadiah.

Sebaik selesai majlis di pihak perempuan, pengantin perempuan di bawa balik ke rumah pengantin lelaki pulak. Majlis diakhiri dengan pengantin makan bersama. Kemudian tukar pakaian kepada ala-barat dan kembali ke pihak perempuan dengan kereta pengantin. Apa yang menarik dalam kedua-dua kenduri kahwin ini ialah hidangannya yang dikira sedap rasanya.

Antara kerabat yang hadir dan menginap dari Johor ialah Mak, Adam, Nisa, Nis, Deja dan Alif dari Pt lapis Kadir, Paklong & Maklong & Joy, Che Shahrom & Che Ani Terengganu, Che Inah, Che Rauf dan Huda ( Naik keretapi pegi balik ). Che Asir, Che Mala & Shahrul datang juga tapi menginap di Johor. Manakala Nek Usu, serta Azim sekeluarga datang masa hari kenduri.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP