Sunday, March 01, 2009
Kopak RM350
Pada 13 Februari 2009, Kak Yong mengalami kemalangan dengan sebuah motosikal. Dia yang memandu kereta ketika tu nak belok kanan, lantas motor yang di belakangnya melanggar pintu co-pilot. Kemek dan sedikit calar pintu tu ... Singal nak kekiri tak bagi pulak katanya, seronok sangat berbual dengan kengkawan dalam kereta.
Seminggu kemudian, Kak Yong balik Sg Buloh dan hantar kedai untuk ketok sekali dengan cat. 5 hari juga baru siap. Lepas tu hantar semula ke UTP pada 28 Februari lalu. Kopak RM 350. Kalau cata kat pintu yang kemek tu saja sekitar RM 280. Tapi sebab nakkan warna yang kelihatan sama, cat dari depan sapmai pintu belakang sekali. Balik hantar kereta, naik keretapi dari Batu Gajah ke Sungai Buloh. Wokey jugak. Dalam dua jam suku dah sampai dengan tambang RM16 sahaja.
0 comments:
Post a Comment