Thursday, February 12, 2009

Pak Long Semakin Pulih

Pada 8 Februari yang lalu, ziarah Paklong di rumah yang disewanya di Skudai Johor Baru. Kami pergi dua kereta. Payah juga nak jumpa rumahnya, Dengan berbantukan Ijat menerusi telefon, akhirnya sampai juga. Nampaknya Paklong masih belum sihat sepenuhnya. Tutur katanya tidak selancar sebagaimana biasa. Memang disarankan oleh Doktor untuk rehat sepenuhnya.

Sebelum ini beliau dimasukkan seminggu ke wad Hospital Putrajaya, sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah. Patutnya nak kena operation saluran berhampiran jantung, tetapi doktor kata tunggu bila Pak Long kembali 'kuat'. Berdoalah semoga Pak Long sempat sembuh. Beliau masih terlibat sebagai ahli sekurang-kurangnya dua mesyuarat kerajaan negeri. Nak memandu pun masih belum kuat lagi rasanya pada masa itu.

Dalam borak-borak ada beberapa maklumat laian perlu dikongsikan di sini. Antaranya si Joy yang jadi pensyarah di Universiti Malaysia Terengganu akan melanjutkan pelajaran ke Wales ( UK ? or USA ) akhir March. Manakala rumah Pak Long di Batu Pahat yang disewakaan kepada International Medical University akan tamat Mei 2010. So lepas ini pindah ke sana agakanya. Rumah sekarang pn nampak sempit dengan pelbagai barang. Rumah tu sebenarnya di sewa daripada Che Shahrom yang kini aman damai menetap di Kuala Terengganu.



2 comments:

Keluarga Dayat 7:17 AM  

Hih..hih..tengkius..

IzanJay 7:19 AM  

O Joy ke Cardiff, Wales, UK..insyaAllah kalau takde aral hujung Mac ini...sila juga layari joy punyer personal blog..tengkiu!

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP