Saturday, February 21, 2009

Berpindah Ke Putrajaya ?

Pada 21 Februari lalu, kami sekeluarga pergi mengunjungi rumah kuaters yang bakal kami duduki apabia berpindah ke Putrajaya. Wah besar giler !!! Tetapi tengok di luar sahaja. Kunci belum ambik, sebab banyak juga yang nak kena settle sebelum terima kunci dan boleh duduk. Pelbagai deposit, aggrement dan surat-surat perlu diselesaikan. Daripada pengamatan kami, tingkat bawah ada wet and dry kitchen, satu bilik ( barangkali jadi bilik tetamu ), 1 stor ( barangkali akan di jadikan bilik sumber ), ruang tamu dan dining area.

Menurut jiran rumah sebelah, yang kebetulan baru pulang dari sekolahnya, tingkat atas ada family area, dua bilik biasa dan satu master bedroom. Penghuni sebelum kami mempunyai anak kecil, Itu yang banyak dinding berconteng 'mural'. Meraka berpindah keluar kerana berpindah pulang ke Perlis. Rupanya sebaris rumah kami tu dihuni oleh staf gomen. Manakala baris depan rumah dihuni oleh pembeli. Melihatkan tingkap yang banyak, wah !! banyak juga modal kalau nak sediakan langsir baru !!!

Dibahagian belakang pulak, ada dua anjung yang kami kira kalau ada pertandingan or pertunjukan bunga api di Putrajaya, tentunya anjung tu menjadi spot yang menarik untuk menikmati keindahan bunga api yang menjadi tradisi di Putrajaya saban tahun.

Manakala warna rumah macam match pulak dengan warna si Nazaria. Menurut jiran tu, sekolah yang terdekat ialah SMK Precint 14. Kedai dan kemudahan ada di kompleks Diplomat yang terletak kekira 1 or 2 km sahaja. Ada Mydin lagi. Maknanya tidak payah lagi nak ke Alamanda or Pasaraya Carefour yang kami boikot tu !!!. Cumanya surau takde. Kalau nak ke mesjid, kena pegi sekitar area Sungai Merab, atau Sekolah Alam Shah.

Kata jiran tu lagi, sini memang ada Persatuan Penduduk, tetapi biarlah penghuni tetap yang menerajuinya. Malahan kalangan mereka ada pangkat datuk dan tan sri. Alamak, berjiran dengan mereka ke ? Walaupun tidak ada pagar kawat antara rumah, tapi ada fencing tree menjadi pemisah. Di halaman depan, 4 buah kereta boleh masuk. Yang luasnya di belakang rumah, boleh jadi tempat main badminton or makan-makan apabila gathering. Tapi kata jiran tu, sebelah petang agak panas dengan matahari.

Lepas tu kami beredar meninjau-ninjau kawasan sekitar Presint Diplomatik, tengok kedai-kedai serta kemudahan yang terdapat serta ronda sekitar Sungai Merab. Akhirnya kami berhenti makan Nasi Beriyani Resepi Batu Pahat di kedai berdekatan dengan UNITEN. Lepas tu terus balik ke rumah sambil berangan dan merancang nak buat apa apabila duduk rumah tu nanti. Daripada meter Nazaria, jarak dari rumah kuaters ke rumah di Saujana ialah 60.5 KM.




1 comments:

IzanJay 2:04 PM  

Lawala rumah ni....

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP