Tuesday, December 09, 2008

Ke Langkawi 1-3 Disember 2008

Bertolak dari Sungai Buloh, kekira 7.15 pagi dengan dua kereta. Ahli rombongan 9 orang semuanya. Tiba di Jeti Kuala Perlis kekira jam 1.30 tengahari.
Naik ferri jam 2.30. Feri kira besar, tetapi jalannya lambat. Nak dekat jam 4 petang baru sampai Jeti Kuah, Langkawi. Terus sewa van, RM 120 sehari dan ke De' Sa Motel dengan kadar RM 85 sehari. Lapar sangat, lepas solat terus pergi makan 'tengahari sekali malam'.

Lepas tu mulalah nak kononnya nak 'window shopping' kat Hj Ismail Group .. tapi nyangkut juga !!! Cokelat memang murah, terutama yang import. Tapi bimbang juga kalau tak halal.

Esok pepagi 2hb Disember, bertolak nak berkelah di Pantai Pasir Tengkorak. On the way, singgah ke Pantai Pasir Hitam. Ingat nak singgah Kompleks Air Hangat, tapi ditutup untuk pengubahsuaian.

Di Pantai Pasir Tengkorak, seronok mandi sebab airnya sejuk bercampur air dari sungai air Terjun Temurun yang terletak berdekatan. Tapi banyak monyet hingga mencuri makanan sarapan kami yang dibeli tengah jalan tadi.

Lepas mandi kami bertolak ke kaki Gunung Machincang untuk naik kereta kabel. Kereta kabel ini merupakan tarikan yang dianggap baru di Langkawi. Tapi tak semua naik, sebab dah pernah dan 'takuuuuuuuuuuuuuuuuuut'. Ketika samapai, perkhidmatan ditutup sebab katanya angin agak kuat dan keadaan ini membahayakan. So ambik peluang round-round dulu.

Kekira sejam kemudian baru jualan tiket dibuka. Beratur bukan main panjang sekali. Yang naik cuma Pak Uda, Mak Uda, Akilah, Nadiah dan Kauthar. Dengar khabar, Aqila terherit-jerit dalam kereta kabel ketakutan. Tapi kalau ke Langkawi dan tak naik kereta kabel, ada orang kata macam tak sah aje. Tiket RM15 dewasa, RM5 kanak-kanak.

Yang lain, teruskan meround di kaki Gunung Machincang yang juga dikenali sebagai Oriental Village. Pelbagai kedai jualan cenderamata menyediakn potongan harga selain restoran pelbagai negara seperti Jepun, Thai dan entah apa lagi.

Kemudian kami bertolak ke tempat Beras Terbakar. Setelah makan tengahari, tengoklah tempat yang dikatakan berguni-guni beras dibakar apabila tentera Siam menyerang Langkawi suatu masa dahulu. Beras terbakar tu dah takde sebenarnya, tetapi ada disimpan dalam bekas yang diletakkan dalam sebuah kotak di situ.

Lepas tu, kami bertolak pula ke Kota Mahsuri ataupun Makam Mahsuri. Sebelum sampai tu, singgah di 'kilang' Gamat. Dapat lihat gamat 'panas' dalam kuali besar. Memang sengaja diperlakukan demekian untuk tujuan tarikan dan tontonan pengunjung.

Suatu ketika dulu, sebelum Kota Mahsuri dibina, yang ada hanya Makam Mahsuri dan Telaganya saja. Kini dengan pelbagai binaan dibuat, masuk pun kena bayar RM5. Daripada penerangan yang diberi, ada kenyataan dikatakan Mahsuri lahir pada malam 27 Ramadhan, lantas dikaitkan Lailatur Qadar. Entahlah ...

Hari dah hampir gelap, kena bergegas balik dan singgah ke satu lagi kompleks membeli belah yang dikira ternama selain Hj Ismail Group iaitu Idaman Suri. Orang bukan main ramai, termasuk kakitangan kerajaan daripada 'logo' dan 'baju korporat yang dipakai. Barangkali berkursus, seminar atau urusan rasmi lain.

Last day, 3 Disember lepas sarapan pagi, pergi beli tiket ferri balik dan singgah ke Dataran Langkawi. Takde apa cuma ambil gambar kenangan dengan Helang Gergasi tu. Lepas tu ke Plaza Langkawi sebagai destinasi shoping terakhir.

Lepas tu pulang semula ke Motel, berkemas untuk pulang. Hampir tak muat van yang disewa untuk mengisi barangan yang diborong. Tiket jam 1.00 tengahari dan tiba di Kuala Perlis jam 2.15 tengahari. Terus bertolak pulang dan sampai semula Sungai Buloh jam 9.30 malam. Singgah beberapa tempat untuk makan dan sembahyang di restoran tepi sawah dan R & R Tapah. Ingat nak singgah Sungai Besar, tapi dah terlewat.

Klik Untuk Melihat Ratusan Gambar lain ...

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP