Tuesday, November 18, 2008

Nasi Beriani Kukus

Semasa kenduri kawin Nain, penyediaan nasi beriani untuk jamuan pada hari tersebut menggunakan teknik yang boleh dikatakan agak baru iaitu, Beriani Kukus. Sebelum ini yang sering di dengar ialah nasi kukus atau nasi lemak kukus. Penyediaan bahan dikatakan masih sama dengan cara memasak biasa. Bezanya ialah penyediaan alat untuk kukus.


Beras dimasukkan dalam talam yang disusun dalam secara bertingkat dalam frame besi yang dibentuk khas. Frame itu diletakkan diatas periuk besar yang dipanaskan di bawahnya api serta air rebusan untuk kukus. Beras dimasukkan setelah air tersebut mula mendidih. Sukatan beras ialah sama dengan air bahan beriani. Setelah diletakkan air beriani kepada semua talam, frame bertingkat tersebut ditutup dengan bekas yang rupanya macam ‘roket’ aje … Untuk memudahkan ‘roket’ tu di buka tutup, disangkut kepada takal kepada dahan pokok manggis sebelah rumah tu. Memang menarik kaedahnya.

Kukusan dilakukan selama kira-kira 50 minit. Kalau terlajak lama, katanya beras semakin lembek dan boleh jadi bubur pulak. Bab rasa, mungkin kurang ummph berbanding dengan cara masak guna gas atau kayu api. Tapi eloknya ialah tak ada kerak !! So kurang membazir.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP