Sunday, November 23, 2008

Kenangan Di Johor Bahru 18-20 November 2008

Masa kecik-kecik dulu, ketika Pak Long Jaafar tinggal di kuaters berhampiran Masjid Abu Bakar, Johor Bahru, rasanya selalu juga pegi ke Johor Bahru. Tapi lepas habis sekolah kebangsaan, rasanya tersangatlah jarang ( macam tak pernah pulak ) ke Johor Bahru. Kalau pergi pun cuma dekat rumah Kuaters Paklong juga, ketika dia jadi Hakim Mahkamah Syariah sama ada beraya atau kenduri majlis. Lepas itu balik ...


Tapi pada 18 hingga 20 November 2008 lalu, berpeluang meredah Kota Raya Johor Bahru lantaran ada Urusan Seri Paduka Baginda. Berdasarkan buku peta jalan yang dibeli, nampaknya tidak berapa susah sama ada nak cari Hotel Penginapan atau jalan-jalan sekitar Johor Bahru. Singgah juga ke Kompleks Duty Free Stulang. Ingatkan macam di Langkawi atau Pengkalan Kubor. Hampeh !!! Macama itu aje rupanya ... barang takdelah murah. Ke pegi salah tempat ?

Sempat singgah ke Danga Bay yang selalu diperkatakan orang tu. Di situ barangan kira jauh lebih baik daripada Kompleks Stulang. Cuma peliknya tak ada terjual ( atau tak terjumpa ) cenderahati kenang kenangan sempena ke Johor Bahru seperti keychain ke, magnet kat peti sejuk etc ... ke memang orang sini tak suka benda-benda tu ?

Tapi yang bestnya dapat melawat ke Zoo Johor. Rasanya the last time pegi sana agaknya ketika berusia 12 tahun or tahun 1975 yang lalu . Takde banyak sangat perubahan kecuali tambahan sebelah burung kaswari, rusa buaya yang menghala ke pantai Lido atau laut. Binatangnya pun not bad !!! Singgah Masjid Abu Bakar, nampak ramai pelancong. Teringat masa kecik-kecik dulu ketika berada di rumah Pak Long. Kalau terdengar aje bas pelancong datang, cepat-cepat pergi dapatkannya. Kot-kot ada pelancong yang bermurah hari, sedekah duit barang seringgit dua. Entahlah, tak tahulah kenapa jadi begitu. Adakah nampak macam peminta sedekah atau saja mereka suka nak derma kepada orang yang beriman ( sentiasa ada dekat masjid ? ha .. ha ..). Kini tempat tinggal Pak Long tu dah jadi Kompleks Islam Johor.

Tapi Johor Bahru macam bandar yang berserabut. Banyak yang kelihatan macam terbengkalai dan tergendala. Johor Water Front, Gerbang Selatan serta beberapa komopleks membeli belah usang terbengkalai kelihatan begitu mencacatkan pemandangan. Sekitar Hotel Naza tempat penginapan pun didapati bersepah tak terurus. Pelik juga sebab Johor Bahru diistiharkan sebagai Bandaraya Ke-2 selepas Kuala lumpur. Tetapi kawasan hadapan Istana, Kebun Bunga, Bangunan Majlis Bandaraya, Pejabat Pos tu kira masih menarik. Bangunan Pentadbiran Sultan Ibrahim masih gah menjadi suatu landmark yang boleh dibanggakan.



Klik Untuk Lagi gambar ...

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP